Rabu, 14 November 2012

Panduan Menjawab soalan BM penulisan

Bahasa Malaysia UPSR terbahagi kepada 2 kertas iaitu kertas 1 (Pemahaman) dan kertas 2 (Penulisan).

Saya ingin fokuskan kepada Bahasa Malaysia kertas 2 kerana sebahagian murid lemah dalam bahagian ini.

  • Kertas 2 BM terbahagi kepada 3 bahagian:
Bahagian a) Memindahkan Makllumat:

  1. Untuk soalan ini, ianya memerlukan murid-murid menulis lima ayat lengkap berdasarkan gambar yang diberi.
  2. Murid-murid perlu membaca dan melihat gambar dengan teliti.
  3. Nomborkan atau bulatkan perkara atau aktiviti yang terdapat dalam gambar untuk memudahkan proses memindahkan maklumat.
  4. Cara paling efektif untuk murid-murid menjawab soalan dalam bahagian ini ialah dengan menggunakan Kaedah Tetingkap Maklumat.
  5. Apakah Kaedah Tetingkap Maklumat?
Kaedah Tetingkap Maklumat ialah sebuah jadual yang membantu murid-murid mengenal pasti maklumat yang terdapat di dalam gambar.

Bahagian B) Menulis Karangan

1. Karangan terbahagi kepada dua iaitu karagan berformat dan tidak berformat.
2. Teknik menulis karangan:
       a)  Memilih soalan yang tepat: Cari kata kunci atau tajuk soalan. Pastikan tidak terkeluar tajuk.
       b)  Membuat rangka karangan:
            -  Tiga bahagian utama dalam sesebuah karangan ialah pengenalan yang menarik, isi yang tersusun
                dan penutup yang berkesan. 
            -  isi haruslah disertai huraian sebagai sokongan
            - contoh pula diperlukan agar ayat-ayat lebih gramatis dan sempurna.
       c)  Menulis karangan
           - kembangkan isi yang bernas dengan baik.
           - tiga aspek yang diambil kira dalam sesuatu karangan : isi, bahasa dan persembahan.
       d) Menyunting atau menyemak karangan
          - Semak kesalahan dari segi aspek bahasa, ejaan, struktur ayat dan jangan tertinggal isi-isi penting
             dan contoh.

BahagianC) Membina ulasan

1. Dalam bahagian ini, murid-murid dikehendaki membuat ulasan berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.
2. Aspek nilai dalam ulasan terdiri daripada tiga aspek iaitu pengajaran, nilai murni atau amalan baik.
3. Bahan rangsangan boleh terdiri daripada petikan perbualan, berita, laporan fakta dan sebagainya.
4. Ulasan hendaklah ditulis dalam satu perenggan sahaja.  Bilangan perkataan pula tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Ulasan yang baik memerlukan kata bantu bagi membentuk ayat-ayat yang lebih sempurna.  Jadi, murid-murid perlu mengingat beberapa kata bantu yang sesuai digunakan dalam ulasan seperti mestilah, hendaklah, sepatutnya, haruslah, wajarlah dan sebagainya.